Monday, December 13, 2010

Jawab jangan tak jawab

Nasib ko la ahli politik. sekarang singapura dan australia pun dah bocor rahsia.

Friday, December 10, 2010

Alam baru siber

Dunia Facebook memang hebat. Boleh berborak dengan semua kawan kat dunia ini serentak secara maya macamlah kita sedang berborak di kantin atau di warung, tak kira pangkat dan darjat. Ia juga mempertemukan kita dengan kawan-kawan lama yang lama dah kita tak jumpa.

Thursday, December 9, 2010

Baru nak buka blog balik

Lama dah aku tak bukak blog ini. Bila aku buka balik, alangkah teruknya apabila memikirkan keadaan negara ini yang begitu teruk sebelum ini. Sekarang ini kelihatannya sudah aman sekali jauh berbeza ketika zaman Pak Lah dulu.

Terkini aku baca satu portal pembangkang, satu survei mengenai populariti DSAI mendapati nama nya sudah jatuh merudum di kalangan rakyat yang sudah mula tidak percaya padanya.

Rasanya, jika Barisan Nasional buat pilihan raya umum tahun depan, mau tergolek pembangkang kali ini.

Saturday, February 13, 2010

Angpau paling pahit bagi PKR dan pakatan pembangkang

TAKDIR akhirnya menentukan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta kelmarin.
Tindakan yang berpunca daripada rasa kecewa terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu bukan sahaja memberi tamparan kepada kerajaan negeri malah PKR serta masa depan pakatan pembangkang secara keseluruhan.
Masyarakat umum tentu ‘terkesan’ dengan tindakan Zahrain ketika idolanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan perbicaraan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mereka tentu tertanya-tanya apa sudah jadi dengan PKR dan pakatan pembangkang sekarang?
Lebih pahit lagi, Zahrain meninggalkan pembangkang untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas itu dengan komen pedas:
“Saya tidak mahu dihukum oleh sejarah dan generasi akan datang kerana tidak berbuat apa-apa dalam mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.”
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga dilaporkan sebelum ini telah menyifatkan Guan Eng sebagai ‘diktator, cauvinis dan berfikiran komunis’.
Yang pasti tindakan beliau itu bakal mencetuskan suasana yang lebih tidak menentu bukan sahaja dalam PKR malah pakatan pembangkang secara keseluruhan.
Sudah kedengaran cakap-cakap di sana ini bahawa punca kepada segala kekusutan yang berlaku sekarang tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kes yang sedang dihadapi Anwar.

Sebuah tabloid mingguan misalnya melaporkan mengenai kebimbangan terhadap Barisan Nasional (BN) yang benar-benar sudah bangkit untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mereka mengakui keberkesanan perang saraf BN ketika ini untuk memenangi kembali hati rakyat terutama melalui program UMNO Juara Rakyat.
Menurut mereka, ketika UMNO sudah bergerak ke sana ke mari, para pemimpin pembangkang masih lagi tidur lena dek kemenangan bergaya mereka pada pilihan raya umum lalu yang masih belum dapat dilupakan sampai sekarang.
Suka atau tidak menurut akhbar-akhbar itu lagi, masa depan pakatan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang memang sudah kelam kerana masalah yang berlaku sekarang.
Apapun, tindakan Zahrain itu mengingatkan penulis ketika membuat liputan ucapan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.
Beliau bercakap pelbagai isu untuk memancing pengundi supaya memangkah calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kini Menteri Besar Selangor).
Biasalah, jika sudah dinamakan pembangkang di negara sedang membangun, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN semuanya tidak betul.
Beliau turut menyamakan penduduk Ijok dengan golongan Red Indian di Amerika Syarikat yang miskin di tempat sendiri.
Puas rasanya penulis mahu merasionalkan kata-katanya malam itu yang bertentangan dengan realiti sebenar masyarakat Ijok tetapi gagal.
Akhirnya, penulis membuat kesimpulan sendiri - itulah kualiti pemimpin PKR - cakap berdegar-degar tetapi tidak berpijak di bumi nyata.
Hari ini, Zahrain sudah menyedari kesilapan berada dalam PKR selama ini serta ingin kembali kepada keadaan yang sebenarnya.
Yang pasti, bekas orang kuat Anwar itu telah menghadiahkan angpau buah limau yang sangat pahit untuk dimakan oleh Guan Eng dan seluruh kepimpinan pembangkang.

Thursday, February 4, 2010

wa kah kah

Ferrh Can I fuck you today?????????????????????Jantan lak tu

Thursday, January 14, 2010

Perlu ejasmen

Sudah hari ke-14 aku di Kosmo, tiap-tiap hari balik sampai rumah paling cepat pukul 1.30 pagi paling lewat 2.30 pagi tapi seronoklah tempat baru. Segala-galanya happening. Sebab aku NE, tugas sudah jadi lain berbanding dengan ANE di Utusan Malaysia dulu. Yang jadi masalah ialah roh Kosmo yang belum aku dapat lagi. Bayangkan cerita Tun Fatimah Hashim yang banyak berjasa kepada nusa dan bangsa, cerita dia dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara pun tak siar. Memang lain daripada Utusan Malaysia. Ia terbalik sama sekali. Ini yang aku kena fahami dan hayati sepenuhnya dan mengambil masa.

Monday, January 11, 2010

Tak sangka masuk Kosmo lak

Lama sungguh aku tak entri dalam blog aku sendiri yang sememangnya sendirian ini. Tapi aku memang tak sangka tahun 2009 meninggalkan banyak sangat kenangan manis. Tiba-tiba aku gi Kosmo la pulak. Mujur naik pangkat.